CARA MENGURUSKAN JENAZAH KHUNSA, TRANSGENDER & MANGSA COVID-19
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun pada masa kini, terdapat beberapa permasalahan solat jenazah yang ramai tidak tahu bagaimana cara menguruskannya.Oleh itu disini akan menjelaskan serba sedikit tentang bagaimana untuk menguruskan masalah tersebut.
Situasi penularan Covid-19 banyak mengubah corak kehidupan manusia. Semua aspek kehidupan terpaksa disusun semula tidak kira dari aspek pendidikan, kehidupan peribadi, pengurusan ekonomi sehingga kepada pentadbiran negara. Ini tidak lain adalah bagi mengawal kemudaratan yang lebih besar yang berupaya menggugat nyawa jutaan manusia.
Begitu juga aspek pengurusan jenazah. Dalam situasi yang luar biasa, maka pengurusannya juga adalah tidak seperti biasa. Situasi penularan Covid-19 bukan satu situasi yang pernah berlaku di Malaysia.
CARA MENGURUSKAN JENAZAH MANGSA COVID-19
- Menguruskan jenazah mangsa COVID-19.
- Pengurusan tayamum dan solat jenazah hanya akan dilaksanakan selepas proses pengecaman selesai.
- Untuk proses pengecaman:
* Seorang Waris sahaja dibenarkan masuk
* Perlu memakai pakaian pelindung atau lebih dikenali PPE
* Dipantau sepenuhnya oleh kakitangan hospital.
*Digalakkan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Comments
Post a Comment