Posts

Showing posts from August, 2020

PERMASALAHAN SOLAT JENAZAH

  MASALAH:  Adakah harus solat jenazah diulang beberapa kali oleh jemaah yang tidak berkesempatan mengikuti solat bersama jemaah sebelumnya? Apabila kumpulan kedua mengerjakan solat ke atas jenazah yang sama, adakah pahalanya dikira sebagai pahala sunat atau pahala fardu? Sunat berulang-ulang solat jenazah walaupun di kuburnya bagi mereka yang belum lagi mengerjakan solat jenazahnya. Bagi mereka yang sudah mengerjakan solat jenazah, tidak dituntut mengulanginya. Bagi kumpulan kedua yang mengerjakan solat jenazah serta kumpulan berikutnya, mereka diberi sebagai pahala fardu jika mereka belum mengerjakan solat jenazah itu. MASALAH: Adakah dibenarkan melengahkan solat jenazah semata-mata menunggu kedatangan orang ramai untuk mencukupkan bilangan 40 orang atau 100 orang? Ada pendapat mengatakan, memadai walaupun hanya 40 orang saja atau tidak boleh menunggu lama kecuali menanti kehadiran walinya?  Perkara itu ada perselisihan oleh ulama. Walau bagaimanapun, mengikut pendapat ...

CARA MENGURUSKAN JENAZAH KHUNSA, TRANSGENDER & MANGSA COVID-19

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.  Namun pada masa kini, terdapat beberapa permasalahan solat jenazah yang ramai tidak tahu bagaimana cara menguruskannya.Oleh itu disini akan menjelaskan serba sedikit tentang bagaimana untuk menguruskan masalah tersebut. CARA MENGURUSKAN JENAZAH KHUNSA Merujuk kepada kitab-kitab para  fuqaha , kita dapati bahawa mereka membahagikan khunsa kepada dua jenis : 1. Khunsa Musykil   (khunsa yang diragui)  2.  Khunsa Ghair Musykil   (kedua dua alat kelamin berfungsi tetapi diragui yang mana lebih dominan) 3.  Khunsa Wadhih  (Khunsa yang jelas. Mempunyai 2 alat kelamin tetapi naluri kuat pada lelaki @ wanita)  - Dimandikan oleh waris atau harus bagi orang bukan muhrim (lelaki atau perempuan)    - Kafannya dgn 5 la...

CARA SOLAT JENAZAH

Image
CARA SOLAT JENAZAH:       1. Niat Niat solat jenazah lelaki Niat solat jenazah perempuan       2. T akbirahtul ihram serta niat dan  Al-Fatihah       3. Takbir yang kedua,  Selawat ke atas Nabi SAW   4. Takbir ketiga,  Baca doa untuk jenazah Doa untuk jenazah lelaki Doa untuk jenazah perempuan        5. Takbir keempat, baca doa berikut        6. Kemudian beri salam. KEDUDUKAN KETIKA MELAKSANAKAN SOLAT JENAZAH Kedudukan mayat Kedudukan saf Mengikut pendapat setengah ulama, ketika hendak solat jenazah lelaki, imam berdiri di bahagian kepala dan jika jenazah perempuan, imam berdiri setentang dengan pinggangnya. Ke arah mana hendak diletakkan kepala jenazah, adakah disunatkan di sebelah kiri atau kanan imam? Adakah jenazah perempuan sama dengan jenazah lelaki?  Mengikut pendapat Syeikh Bujairimi dan Syeikh Jamal, dipetik daripada kata-kata Syeikh Ali Syubramulsi menyebut, hen...

APA ITU SOLAT JENAZAH?

Solat jenazah adalah solat untuk orang yang sudah meninggal dunia yang dilakukan sebelum pengebumian selepas kafan dikafankan. Solat ini dilakukan secara berjemaah untuk meminta ampun dan mendoakan si mati. Mereka yang mendirikan solat jenazah ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati. APAKAH HUKUM SOLAT JENAZAH?          Hukumnya WAJIB . Jenazah orang Islam yang telah sempurna dimandikan dan dikafankan wajib disolatkan sebelum dikebumikan.  SUNAT apabila berjemaah tetapi SAH kalau dilakukan seorang diri. RUKUN SOLAT JENAZAH   1.  Niat         2.  Berdiri Tegak. (Solat Jenazah tiada rukuk ,sujud,azan & iqamah)         3.  Takbir empat kali termasuk takbiratulihram         4.  Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama         5.  Selawat kepada Nabi SAW selepas takbir kedua.   ...