APA ITU SOLAT JENAZAH?
Solat jenazah adalah solat untuk orang yang sudah meninggal dunia yang dilakukan sebelum pengebumian selepas kafan dikafankan. Solat ini dilakukan secara berjemaah untuk meminta ampun dan mendoakan si mati. Mereka yang mendirikan solat jenazah ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati.
APAKAH HUKUM SOLAT JENAZAH?
Hukumnya WAJIB . Jenazah orang Islam yang telah sempurna dimandikan dan dikafankan wajib disolatkan sebelum dikebumikan. SUNAT apabila berjemaah tetapi SAH kalau dilakukan seorang diri.
RUKUN SOLAT JENAZAH
1. Niat
2. Berdiri Tegak.(Solat Jenazah tiada rukuk ,sujud,azan & iqamah)
3. Takbir empat kali termasuk takbiratulihram
4. Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama
5. Selawat kepada Nabi SAW selepas takbir kedua.
6. Berdoa untuk jenazah selepas takbir yang ketiga.
7. Memberi salam selepas takbir keempat.
Comments
Post a Comment